Jadi Problem Solver – Boleh Buat Duit



 

Hari Jumaat lepas saya sempat ke PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan. Syoknya boleh jumpa dengan sifu saya (Doktor Azizan Osman). Saya dah dengar banyak kali beberapa perkara yang sama dalam program beliau sebelum ni tapi saya tetap rasa ianya input yang sangat fresh. Beliau mengembalikan mood dan energy saya untuk berbisnes.

Kata2 yang paling saya ingat utk sesi tu adalah

“Sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t dan berterima kasih kepada manusia”

“Apapun yang terjadi dalam hidup kita, kita kena SENYUM kerana SENYUM akan merangsang otak kita berfikir secara KREATIF”

hmm.. kepada anda yang masih ragu dengan beliau.. saya hanya ingin kongsikan betapa bestnya berniaga bila kita berguru. Ada benda yang kita xnampak, beliau perjelaskan. Ada benda yang kita dah nampak tapi kita x take action sedangkan kata beliau..

“FAST ACTION, FAST RESULT”

teringat semasa saya join seminar Intensif Jutawan Industri hujung tahun lepas. Ramai yang datang tanpa sebarang bisnes.. mereka baru nak survey bisnes apa yang sesuai untuk diorang.. kata doc, cari bisnes yang boleh bantu ‘add value’ kepada hidup orang lain. Dengan kata lain, bisnes yang boleh menambah nilai hidup orang lain.

Selepas tu baru saya faham.. sebelum tu saya berbisnes hanya utk mencari keuntungan.. ternyata niat saya silap.. Apa yang paling menyentuh hati saya ialah.. kata beliau xsyok kaya sorang2.. biar kita kaya ramai2.. baru boleh sumbangkan zakat kepada yang lebih memerlukan.

P/S – He is so awesome kan???

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Betul Kata Sifu Saya.. Fast Action, Fast Result :-)



 
J.PAUL GETTYJ. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib baik, tidak teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk ke universiti kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia masuk perkhidmatan diplomatik.
Setelah keluar universiti dia tertarik dengan kekayaan minyak di Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya. Perusahaan minyak ini tidak langsung menjadi cita-cita Getty, tetapi dia rasa dia terpaksa menangguhkan perkhidmatannya sebagai diplomat untuk setahun dan cuba menjadi usahawan minyak.
Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang lain dan kadang kala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya berpegang kuat kepada prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wang kepada anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih muda adalah seorang yang berani tetapi bukan terburu nafsu.
Dia tidak melibatkan diri dalam projek yang memerlukan wang tunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya kerugian. Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telaga minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun.
Nasib baik?
Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuat sesuatu kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawa telaga itu akan menghasilkan minyak?
Dia tidak tahu walaupun dia telah mengumpulkan data-data.
“Semua perkara mempunyai unsur nasibnya.”, dia berkata, dan “Anda harus berani hidup bersama nasib anda.”.
Orang bernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurang berani dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik. Nasib baik mungkin menyebabkan nasib baik. Untuk bertindak berani ikutilah panduan ini:
Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas menuju ke arah sesuatu yang baru apabila peluang keemasan tiba.
Bezakan antara keberanian dan perbuatan terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanan anda untuk satu-satu projek yang berkemungkinan besar akan merugikan anda, ini adalah perbuatan yang terburu-buru.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Kerana Dia Seorang Ayah



 

KERANA DIA SEORANG AYAH [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian]

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama je”, aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”. Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
“Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari

meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit tadi

dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”. Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah

keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin…

oleh: Hamba Allah (credit to : Fanpage Bercinta Selepas Nikah)

 

Comments

comments

Powered by Facebook Comments