Archive for January, 2010
Persoalan Mengenai Webhosting
“Apa itu webhosting?”. Soalan ini mungkin kelihatan agak mudah, dan bagi mereka yang sudah sedia ada gambaran mengenainya dan telah menggunakannya memang agak mudah untuk dijelaskan. Tetapi, bagi mereka yang masih baru di dalam dunia internet, istilah “webhosting” sebenarnya agak mengelirukan.
Baiklah mari kita rungkai segala persoalan mengenai web hosting ni.. tentang apa itu domain .com , .my., .net .. cpanel.. dan macam2 lagi la.. upss.. jangan pening2..
1) Website (Kedai/ Rumah)
Secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah atau pejabat kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata, papan, paku, syiling dan sebagainya.Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website, kita memerlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver, microsoft frontpage dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya.
2) Nama Domain (Nama Kedai/ Rumah)
Nama domain pula boleh dianggap seperti nama kedai @ rumah. Nama domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet. Nama domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM35 setahun hinggalah ke RM150 setahun. Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda.
3) Webhosting (Tapak Kedai/Rumah)
Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya. Oleh itu, anda perlulah meletakkan website anda di webhosting untuk orang ramai mengaksesnya.
Itulah penerangan ringkas serta konsep asas bagi webhosting.
Website = Rumah / Pejabat
Nama Domain = Alamat Rumah/Pejabat
Webhosting = Tapak Rumah/Pejabat
Laporan Percuma – Buat Duit Dengan Nuffnang
Ada apa dengan Nuffnang???
Produk percuma ini memang terbaik gak la setakat yang saya perhatikan .
33 pages penuh informasi dan grafik.. penerangan ringkas dan padat!
xtau ape2 sal Nuffnang .. cuba tgk post saya sebelum ni..
Peluang dah ada depan mata… Ok la.. Secara ringkas dalam “free report” ni terdapat
penerangan yang agak jelas dari otai raja ebay kita, Noorizam Shah
Buat Duit Dengan Nuffnang – Walau Tanpa Modal
Anda tau tak kalau anda xde duit modal pun anda bole buat duit kat internet ni.. Hmm.. Cuma kalau nak tarik pelawat ke blog kita agak susah la sket kecuali kalau anda aktif berforum.. boleh buat signature anda pada setiap post anda.. Hari ini saya cuma hendak ceritakan tentang satu cara yang mungkin boleh membantu golongan penganggur atau pelajar universiti yang hendak buat duit di internet. Saya yakin ramai dikalangan anak-anak muda ini yang suka bersosial diruang-ruang friendster, facebook, myspace dan banyak lagi. Tapi apalah salahnya jika mereka turut meluangkan masa untuk menambah pendapatan di internet. Bukankah itu lebih bermanfaat dan mampu membuatkan mereka berbeza daripada rakan-rakan mereka yang tidak berbuat apa-apa? Bukan saya mengatakan bahawa meluangkan masa di internet itu tidak bagus atau berdosa besar. Cuma tak salah bukan kita buat sesuatu yang memanfaatkan diri kita?
Salah satu caranya adalah menulis blog. Tapi bagaimanakah cara untuk menulis blog? Kalau anda boleh setup dan make-up friendster, hi-5 , myspace.. buat blog umpamalah makan kacang.. Cuma idea untuk menulis tu kena datang dari hati.. xboleh dipaksa-paksa.. Ada orang jadikan blog untuk memberi info dan ada orang menulis blog mengenai diri sendiri.. saya menulis blog untuk menulis tentang hidup saya (walaupun kadang-kadang 2 bulan sekali saya update) dan ada juga saya menulis bagi tujuan perniagaan.. Kadang kalanya memang agak sukar untuk menulis sesuatu diblog. Buntu. Tak ada idea atau informasi yang hendak dikongsikan. Namun, saya usahakan juga dan akhirnya membuahkan hasil dan blogging sudah menjadi satu kemestian bagi saya. Bukan saja untuk menambah pendapatan, tetapi menjadi satu kepuasan dalam diri ini. Ada tempat untuk berkongsi dan meluahkan perasaan. Ini lebih baik daripada tengok tv kan? Secara jujurnya, menulis itu indah. Jika tidak, takkanlah Tun Mahathir dan Dato Khir Toyo pun suka menulis blog?
Ada banyak cara untuk menambah pendapatan melalui blog. Salah satu cara yang paling popular adalah menyertai program Nuffnang. Saya yakin ramai yang tidak tahu menahu tentang program Nuffnang. Tetapi jika anda ada blog dan mahu menambah sedikit pendapatan, sertailah Nuffnang. Saya dah membazirkan masa bertahun-tahun tanpa melibatkan diri dengan program pengiklanan Nuffnang.. Saya baru bermula dengan Nuffnang dan xsabar rasanya saya nak cash out pendapatan dari nuffnang ni.. Mmg lumayan jugak la Nuffnang punya income ni.. Setiap kali saya check akaun nuffnang saya.. saya jadi semakin teruja.. memang bertambah semangat untuk berblog ni..
Bagaimana hendak buat duit dengan Nuffnang ini? Syarikat Nuffnang ini akan membantu kita untuk mendapatkan pendapatan. Yang pentingnya anda kena ada blog dulu.. Untuk beginner, saya rasa elok anda try blogspot ni.. tapi kalau anda nak blog cam saya ni.. saya boleh tolong anda buat step-by-step la.. tapi kena kuar duit la cket… dalam rm200 termasuk khidmat bantu.. Akaun Nuffnang plak Caranya? Mula-mula sekali semestinya kita dikehendaki untuk daftar dan isi borang secara online di website Nuffnang. Setelah selesai proses pendaftaran, kita akan dapat login akaun kita. Kemudian, kita boleh ambil code dan letakkan diblog kita. Di blog kita nanti, akan terpapar iklan-iklan yang dikendalikan oleh Nuffnang. Biasanya kita akan dibayar melalui nilai klik. Jika ada orang yang melawat blog kita dan mereka klik iklan Nuffnang tersebut, kita kan mendapat nilai komisen bagi 1 klik sebanyak RM0.15 sehingga RM0.50. Itu agak lumayan jika nak dibandingkan dengan Google Adsense kan ( tapi saya still buat Adsense ni).. Tapi syarat Nuffnang.. anda xleh pasang iklan dari syarikat pengiklanan Asia yang lain. Google Adsense bole la sbb google adsense ni dari U.S.
Kalau anda perasan kat sidebar sebelah kanan ni ada saya taruk iklan nuffnang.. kalau anda berminat anda klik la.. tapi jangan paksa diri anda.. bukan macam sesetengah blogger yang saling mengklik antara satu sama lain.. janganlah buat kerja bodoh anda tu.. sekali Nuffnang batalkan keahlian orang Malaysia baru anda tau nanti.. Hargailah peluang yang diberi.. biarlah ia terjadi dengan semula jadi.. Kalau anda buat macam tu dengan Google Adsense dah lama akaun anda kena banned!!!



















































