Archive for Motivasi Diri

3 Cara Bebaskan Diri Anda Dari Hutang Kad Kredit!!! Ini Serius!!!

Ramai yang pening dan mengigil apabila menerima statement kad kredit
setiap awal bulan!

Yup.. anda mesti bayar paling kurang minima kalau tak kena kejar setiap
hari dengan bank. Orang bank yang call ni akan kejar anda sampai dapat
sebab mereka dapat komisen bila anda bayar nanti. Masyuk..

So soalnya sekarang bagaimana kita boleh kurangkan hutang kad kredit
yang boleh buatkan kita senak perut.

Kad kredit ni kita tak boleh buat main-main sebab ramai yang muflis
kerana godaan kad kredit ini.

Hutang kad kredit nie, dia punya range interest antara 13.5% – 17.5% setahun,
punyalah tinggi kan? Loan kereta baru buatan tempatan pun baru sekitar 3%-4%
je setahun.

Contoh: Jika anda mempunyai baki tertunggak kad kredit sebanyak RM10,000 anda
perlu membayar minima sebanyak RM500 (RM10000x5%) selama 89 bulan! 20 bulan anda
bayar principal dan 69 bulan lagi anda bayar interest bank. Sebab tu lah bank kaya!

Disini saya tunjukkan beberapa teknik yang boleh anda gunakan untuk ucapkan
good bye kat kad kredit ni:

Teknik 1: Balance Transfer : dimana anda memindahkan baki kad kredit anda
kepada kad kredit lain yang rendah interestnya. Anda boleh buat survey kad
kredit yang rendah interest di google. Apabila anda pindah, sila lupuskan
kad yang lama tadi dan mula bayar bulanan untuk kad yang baru.

Teknik 2: Personal Loan: disini anda boleh memohon personal loan daripada
bank (bukan along) dimana interestnya lebih rendah iaitu antara 7-9%. Selepas
dapat pinjaman ini anda bayar semua kad kredit dan tutup. Mulakan membayar
pinjaman bank selepas itu. Ini akan menjimatkan wang anda.

Teknik 3: Buat bayaran ansuran: jika anda benar-benar tersepit ini adalah
cara terakhir. Anda call bank kad kredit anda dan katakan anda nak berhenti
guna kad kredit dan bayar melalui installment. Dengan cara ini bank akan
berikan anda beberapa pilihan jumlah yang mampu anda bayar untuk melunaskan
hutang kad kredit tersebut. Jika sebelum ini anda bayar RM500 sebulan, selepas
buat installment anda boleh bayar RM200 atau RM300 sehingga habis.

Jika anda mempunyai masalah bebanan hutang kad kredit anda perlu bertindak
untuk mulakan salah satu daripada 3 langkah diatas sebelum terlambat.

Ingat kata Albert Einstein : “Mereka yang yang GILA ialah buat sesuatu
yang sama berkali-kali dan mengharapkan hasil yang berlainan!”

credit to > petikan dari emel sifu mohd nizam : jutawanautomatik.com

Pesan Otai IM Kite – Irfan Khairi

Andainya Diberi Kesempatan dan Keizinan Masa

Salam.. Dah lama blog saya ni bersawang… huhu punyalah xde masa nak update.. maklumlah cuti sekolah sebulan hari tu saya bizi giler dengan buah hati baru saya ( AAA’s Eleven Trading Bakery & Cake House).. biasalah kedai baru.. kena bagi banyak penumpuan dari segala aspek… saya pun bizi giler dengan jualan dinar iraq.. sampai ada oder yang tercicir.. naik berang customer saya.. hehe.. nak kata tamak ye jugak saya ni.. tapi macam tu lah.. peluang datang sekali sekala jer.. so kita rasakan nak grab semua peluang yang ada walaupun Allah swt bagi masa kat kita sama je dengan orang lain…

Sekarang dah kembali bekerja lagilah xcukup masa dirasakan.. Bonda saya pun saya abaikan cuti sebulan ni ( abaikan – xbawak gi holiday).. kadang2 datang rasa bersalah tapi itulah harga yang saya perlu bayar untuk mengecapi kesenangan.. insyAllah lepas ni tiap2 bulan pun boleh bawak beliau gi bercuti.. hehehe.. kepada pengunjung blog saya.. terima kasih kerana datang mengunjungi blog yang xseberapa ni.. insyAllah saya akan kemaskini bila ada masa nanti..mungkin selepas dinar iraq diapungkan.. saya sedikit free kot.. jumpa lagi..

Kisah Kegagalan – Bangkitlah!!!

Nota: Artikel ini ditulis oleh Dr. Irfan Khairi

Pembaca sekelian, sering kali saya kongsikan mengenai kejayaan. Bulan ini, saya hendak ubah haluan sedikit- saya akan ceritakan kisah kegagalan!

Terdetik untuk kongsikan mengenai kegagalan selepas saya menemubual Guru Kegagalan, Mr Billi Lim di program bual bicara saya di Radio24 “Jutawan! Bersama Irfan Khairi” (untuk maklumat lanjut program ini, lawati http:// www.JejakJutawan.com)

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya!

Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada self-made millionaires hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada

kejayaan.

Pernah saya sebutkan bahawa, punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.

Fahami betul-betul ayat saya di atas. “Takut kepada kegagalan” adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan”

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan “Takut kepada kegagalan” ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain

baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.

Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run.

Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya “Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!”

Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam

mendapatkan home-run!

Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi,

tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah-kisah ini pula:

-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak

pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”!

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Kisah Jutawan Muda – Siapa Ashley Qualls???

Hari ini saya nak kongsi satu kisah hidup bagaimana seorang budak “mentah” bernama Ashley Qualls yang merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18
tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika
beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya
bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu

http://www.facebook.com/l/11edb;whateverlife.com
Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background
MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut
beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak
memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.

Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan
beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai
remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-
layout hasil ciptaan beliau.

Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web
beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja
pengguna MySpace seluruh dunia.

Masa pun berlalau. Tahun 2007 – Iaitu setelah lebih 3 tahun http://www.facebook.com/l/11edb;whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! WOW!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.

Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000
sebulan. Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-
limpah tersebut?

Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti
Adsense, Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan
pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah
beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang
terpapar di laman web beliau.

Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace
beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau
datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di
web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?

Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang
merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada
harga USD$1.5 Juta.

Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya
meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.
Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?

1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya
kepada sumber keuntungan
4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
5. Jadi diri anda sendiri FIKIR-FIKIR

9 orang TERKAYA di Malaysia

Malaysian Business mendapati jumlah kekayaan dimiliki 40 individu terkaya Malaysia telah susut RM75.6 bilion(43%) kepada RM96.30 bilion setakat 16 Januari 2009.

Malaysian bussiness juga mendedahkan bahawa separuh dari mereka merekodkan penurunan 50% kekayaan dengan hanya 14 orang bergelar bilionair, berbanding 19 orang billionair pada tahun lepas.

Muka baru dalam senarai 40 individu terkaya Malaysia adik beradik dari kumpulan YTL, Datuk Yeoh Soo Min dan Datuk Yeoh Soo Keng juga balu pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua.

Senarai 9 teratas dan nilai kekayaan :

1.Tan Sri Robert Kuok (Raja gula-Kuok Brothers Sdn Bhd) – RM26.6 bilion

2.T. Ananda Krishnan (Maxis) – RM20.1 bilion

3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public bank) – RM8.15 bilion

4.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation) – RM7.4 bilion

5.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) – RM4.5 bilion

6. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) – RM3.5 bilion

7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (MMC corporation Berhad) – RM3.2 bilion

8.Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group) – RM1.8 bilion

9.Tan Sri Tiong Hiew King (Kumpulan Rimbunan Hijau) – RM1.6 bilion

HARGA BARANG NAIK, KOS SARA HIDUP BERTAMBAH TINGGI, KENAIKAN GAJI SEDIKIT, APA TINDAKAN SAUDARA?

Hari ini kuih dijual ditempat saya dengan harga 40sen sekeping. Sudahlah saiz kueh tidak sampai 3cm pun. saya mengelengkan kepala. Sudahlah penyek dan tak segemuk dulu kuehnya.Gula naik beberapa sen sekilo namun yang orang menaikkan harga 10sen untuk sebiji kue, sudahlah kecil. Itu tak diceritakan lagi kenaikan minyak, makanan, rumah dan sebagainya. Saya perhatikan ramai juga lelaki yang cepat beruban dan semakin botak. Saya tertanya – tanya adakah ini disebabkan makanan kita sekarang atau memikirkan bebanan kewangan ? Saya yakin ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan, jika tidak mengapa “katanama ” carian juwatan di carian google mencatat jutawan orang yang menaipnya. Jika anda sudah sangat sangat stabil, tahniah namun bagi mereka yang masih mencari – cari, berhati-hati kerana ramai juga ingin mengambil kesempatan ke atas kita.

Pesan saya jadikanlah sampah sebagai mata pencarian tambahan anda. Masih ramai yang tidak mengetahui rahsianya. Maka inilah peluang anda. Saya ingin mengambil contoh. Suatu hari dulu kedengaran betapa kencangnya jika anda menjual lintah, maka ramailah yang ingin menternak lintah. Namun oleh kerana sudah terlalu ramai, maka jualan tidak sehebat dulu dan ada juga yang tertipu kerana melabur ke atas penternakan lintah. Dapatkanlah ebook ini dan saya yakin pandangan anda terhadap sampah akan berubah.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

What Do You Feel??

MOST PEOPLE FEEL THAT….

- Overworked and under-paid
- Surviving from month to month
- Run out of money  before month ends
- Do not have money for savings
- Have too many bills to pay
- Always behind credit card payment
- Never have time for the family
- Never time for hobbies

AND SOME……

- Job security is gone
- Fear of retrenchment
- Stucked with a dead-end job
- Not sure of the FUTURE

DO YOU AGREE THAT……

With lots of time and money,
you have lot of choices.
With little time and money,
you have little choices.

With No time & No money,
you have no choices!!!

TO STAY AHEAD……

In order to improve our lifestyle and income level, we must change!

For things to change,
we must change first ourselves.

Success is not a Choice but a Responsibility

Your options now???

§Work overtime?

§Invest in the share market?

Sing like Siti Nurhaliza?

§Visit Genting Casino?

Start your own business? or

MARRY RICH???

Start your own business

NOW!!!

Do U Have

The HOME you’ve always wanted ?

The CAR of your dreams ?

The LIFESTYLE you really want ?

The INCOME you “really” need ?

TIME & MONEY for exciting vacations ?

Are you going to be FINANCIALLY INDEPENDENT over the next few years in your current position ?

Ku Petik Bintang-bintang

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

- Dalam melakukan sesuatu perkara.. banyak dugaan yang akan kita tempuhi.. apepun yang terjadi.. jgn sesekali kita mengalah.. NEVER GIVE UP!!

going gets tough, the tough gets going”

Agak sukar untuk terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu.

Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit tersebut, kayuhan anda menjadi semakin sukar bukan? Namun anda tidak perlu risau kerana anda apabila anda teruskan kayuhan, anda akan melepasi kawasan berbukit itu dan kayuhan anda akan menjadi semakin lancar selepas itu.




Sama seperti hidup anda. Anda tidak perlu terlalu risau jika anda hadapi kesukaran dalam hidup atau semasa belajar sekarang ini. Ia semua akan berlalu dan anda akan jadi lebih senang dengan syarat… anda perlu teruskan perjalalanan anda…… :)

Selamat Datang Ke Dunia Otakbisnes

ALHAMDULILLAH…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya mengenali dunia bisnes online kira-kira 5 tahun yang lalu. terima kasih rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu. semoga kita sama-sama sukses dalam bidang ini. Saya bertuah kerana berkat bimbingan rakan taulan, saya mampu berdiri sampai ke tahap ini.. TERIMA KASIH SEMUA

xlupa buat keluarga dan insan2 tersayang.., merekalah yang menjadi pendorong utama dalam melonjakkan semangat saya.. anugerah teragung dari-Mu Ya ALLAH… siapalah aku tanpa cintaMu.. terima kasih atas sokongan dan dorongan…kita jatuh dan bangun sama-sama, terima kasih kerana memahami..dari susah kita menjadi sedikit senang.. dari sedikit senang moga2 kita bertambah senang..

juga buat insan yang telah banyak memberikan sokongan, nasihat dan dorongan, sifu saya MR ZULKEY HASHIM yang tidak pernah jemu melatih dan membimbing, sesungguhnya ilmu yang dikongsikan teramat bermakna buat saya. Beliau merupakan insan pertama yang mengajar saya agar jangan sekali-kali berputus asa.

NEVER GIVE UP!!!

web ni saya tujukan khusus untuk anda semua.. semoga kita boleh bersama2 bertukar pendapat. mana yang baik jadikan tauladan.. mana yang buruk jadikan sempadan. Ilmu yang Allah kurniakan adalah untuk dikongsikan bersama.. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadanya.. Aminn