Sebenarnya, affiliate ini adalah salah satu cara bisnes di internet yang paling memudahkan (jika kena pada caranya). Anda boleh menyertainya tanpa mengeluarkan sesen pun.Pendaftaran affiliate ini adalah percuma dan sesiapapun boleh menyertainya. Selepas anda mendaftar sebagai agen affiliate, anda akan diberikan link affiliate anda (link id anda). Anda perlu menggunakan link tersebut untuk melakukan promosi. Hasil daripada promosi anda, anda akan diberi komisyen jika ada yang membeli daripada link affiliate anda. MUDAH KAN???
Affiliate ini terbahagi kepada tiga yang utama iaitu affiliate berdasarkan affiliate berdasarkan jualan (PPS) ,downloader (PPL) dan juga affiliate berdasarkan klik (PPC).
1. Pay-Per-Sale – PPS (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead – PPL (dibayar berdasarkan download)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik)
Hari ini saya akan terangkan program affiliate yang berkonsepkan PPS,PPL Dan PPC.
• Affiliate Pay Per Sales
Pendaftaran affiliate ini biasanya adalah percuma dan sesiapa pun boleh
menyertainya. Dengan sistem affiliate ini, anda akan mendaftar sebagai agen affiliate dan akan mempromosi produk penjual tadi di internet.
Selepas anda mendaftar sebagai agen affiliate, anda akan diberikan link affiliate anda (link id anda). Anda akan menggunakan link ini apabila mempromosinya.
Sekiranya ada jualan melalui link anda, komisyen akan direkodkan
secara automatik ke dalam ruangan affiliate anda. Jumlah komisyen
akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda apabila tiba masanya, biasanya pada tengah bulan atau akhir bulan .
Biasanya komisyen yang dibayar adalah dalam lingkungan 40% – 70%
dari setiap jualan yang berjaya anda lakukan. Contohnya, anda promosi ebook tentang penjagaan kereta melalui link/id anda, dan ada satu jualan. Jika ebook tersebut berharga RM30, anda akan dibayar komisyen 50% iaitu RM15. Itu baru satu jualan, jika banyak jualan, lagi banyak untung yang bakal anda terima.
Jualan ini semuanya dikesan secara automatik oleh sistem affiliate yang
dipasang oleh pemilik/penganjur/penjual produk affiliate tersebut. Maknanya, apabila anda mempromosikan link affiliate anda, cookies akan ditanam dalam komputer pembaca selama – lamanya (kecuali pembaca itu clearkan cookies).
Walaupun pembaca tersebut tidak membeli selepas membuka link affiliate anda itu, cookies akan terus tertanam. Dan apabila di lain masa pembaca itu membuka semula laman web tadi tanpa menaip link affiliate anda, dan apabila jualan dibuat, komisyen tetap akan masuk ke akaun anda.
mudahkan???
• Program Affiliate PPL (Pay Per Lead)
– Selepas mendaftar affiliate, anda akan menerima link affiliate/laman web anda sendiri dan anda boleh gunakan link tersebut untuk membuat promosi. Dan jika anda menyebarkan/mempromosikan pula ebook free itu pula selepas mendaftar sebagai affiliate, komisyen akan dibayar berdasarkan setiap orang yang download dari link anda.
- Jika komisyen RM1, jika 10 orang download dari link affiliate anda,
RM10 la komisyen yang akan anda perolehi.
Anda boleh ‘login’ ke ruangan affiliate yang anda daftar itu untuk menyemak/melihat jumlah komisen yang anda perolehi, jumlah klik, jumlah download dan anda juga boleh
melihat agen – agen affiliate lain yang berada di kedudukan Top 5 atau
Top 10 (biasanya otai–otai affiliate yang berada di kedudukan ini).
- Setiap penganjur PPL ini ada objektifnya tersendiri, dan salah satu
faktor utamanya adalah untuk melakukan proses list-building (sila rujuk
kiriman tip sebelum ini berkaitan list-building).
• Program Affiliate PPC (Pay Per Click)
- Contoh ini memang paling mudah disertai. Hanya klik anda akan dapat
komisyen. Tetapi, komisyen yang diberikan amatlah rendah, iaitu dalam lingkungan 1 sen ke 10 sen akan dibayar oleh penganjur kepada anda.
- Saya tidak mengesyorkan anda menyertai affiliate jenis ini kerana saya rasakan ianya agak merugikan masa anda, jika anda seorang baru dalam bidang affiliate.
- Ianya adalah sesuai buat mereka yang memiliki laman web yang bertrafik tinggi, yang mana kebarangkalian orang klik adalah tinggi.
Jadi, lupakan saja affiliate jenis ini. Yang anda perlu tumpukan adalah affiliate jenis PPL dan PPS. Pilih sahaja yang mana satu anda suka.













































salam bro
nak tanya pasal cookies affiliate?
kalau banyak cookies tertanam dalam komputer pembeli,cookies pertama ke atau yg terakhir akan dapat komisen?
rsny yg pertama…