Panduan Mengendalikan Web Hosting
Di Malaysia kini telah ramai orang berlumba-lumba untuk mempelajari ilmu Perniagaan Internet. Ini adalah kerana perniagaan Internet ini adalah satu-satunya perniagaan yang boleh dimulakan dengan kos yang begitu murah. Manakala keuntungan boleh diraih sehingga 4 hingga 5 angka ? . Siapa tak nak.. Betul tak?
Namun tidak semua yang memulakan perniagaan Internet ini begitu cukup ilmu di dada. Ada yang memulakan sekadar mengetahui sedikit ilmu sahaja. Salah satu kelemahan yang ketara adalah
penggunaan Cpanel pada web hosting. Cpanel terlalu penting dalam perniagaan Internet. Ia umpama seperti stering pada sebuah kenderaan. Tanpa Cpanel bagaimana anda mengemudikan perniagaan Internet anda.
Saudara Jebat Abdul Kadir telah terbuka hatinya untuk menghasilkan “ Ebook Panduan Asas Cpanel” ini adalah kerana kurangnya rujukan dalam Bahasa Malaysia yang menceritakan secara terperinci tentang Cpanel ini. Tahukah anda melalui ruangan pertanyaan yang beliau wujudkan di ruangan pertanyaan blog beliau, pertanyaan berkenaan Cpanel yang paling kerap ditanya oleh newbie.
Ini mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan ebook berkenaan Cpanel, di mana salah satu tujuan beliau adalah untuk membantu dan melengkapkan newbie asas Cpanel dalam perniagaan
Internet. Dalam ebook ini terdapat istilah-istilah yang beliau masih kekalkan penggunaan Bahasa Inggeris, kerana ia adalah nama yang penting dalam Cpanel. Beliau tidak mahu mengubahnya supaya anda lebih memahaminya.
Beliau juga tidak mahu menerangkan perkara-perkara yang terlalu advance dan jarang-jarang digunakan pada cpanel dalam perniagaan Internet ini. Ini adalah panduan asas Cpanel dan apa yang beliau terangkan adalah asas penting sahaja dalam Cpanel, seperti juga apa yang digunakan kini.
Saya pasti selepas membaca sehingga habis Ebook ini, anda akan lebih arif berkenaan dengan Cpanel. Nasihat saya lapangkan fikiran anda untuk mendapat pemahaman yang lebih baik. Semoga
Berjaya!! ?.















































