Rahsia Jutawan Internet Terbongkar

Sepanjang ketiadaan line internet kat umah saya bermula Rabu lalu (kecurian kabel).. saya baca balik buku yang ditulis oleh Saudagar Internet (Saudara Irfan Khairi) yang saya beli 3-4 tahun lalu.. dan saya berjaya menghabiskannya.. dan saya berjaya memahami isi maksudnya.. baru saya sedar buku ni mmg sangat sesuai untuk beginner yang baru nak belajar bertapak dalam Dunia Perniagaan Internet. Isinya terlalu umum dan sangat mudah untuk difahami. Ia tidak mengajar anda langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan perniagaan internet tetapi mengajar anda apa itu perniagaan internet dan konsep2 asas untuk memulakan pernigaan internet. Buku ini turut mengulas betapa pentingnya untuk menghindarkan diri daripada menemui kegagalan perniagaan internet..
Dapatkan di pasaran!!

Jika anda belum mempunyai produk sendiri untuk dijual.. buku ini akan mengajar anda bagaimana untuk cara untuk memulakan perniagaan internet yang menguntungkan walaupun tanpa produk dan perkhidmatan sendiri.. bukan itu juga, malah jika anda mempunyai produk @ perkhidmatan sendiri itu adalah lebih baik kerana anda boleh mendapatkan ribuan tenaga penjual untuk memasarkan produk @ perkhidmatan anda dan ianya PERCUMA. Sebanyak 36 rahsia jutawan-jutawan internet turut dibongkarkan di sini. Namun begitu.. buku sebegini tidaklah cukup untuk anda sekiranya anda mahu memulakan perniagaan internet.. ianya hanyalah sekadar asas.. tetapi bukankan kita memerlukan asas yang kukuh untuk membina sebuah tembok batu? Nasihat saya bacalah mana2 buku yang anda jumpa kerana ilmu akan memberikan kita pengetahuan yang sangat berguna.. walaupun tidak dapat dikuasai kesemuanya.. sekurang-kurangnya bila kita berdepan dengan sesuatu masalah kita akan tahu cara untuk menyelesaikannya dengan membelek kembali buku yang pernah kita baca.. Saya pernah mempunyai masalah semasa mengendalikan hosting saya..nasib baik ada buku Panduan Asas Cpanel. terus terang saya katakan.. saya bukanlah insan yang mempunyai background dalam bidang ICT tapi disebabkan minat mendalam saya terhadap internet ( semasa di universiti dulu, saya kerap ke Cyber Cafe untuk terapi minda), saya sukakan internet kerana apa sahaja ilmu yang kita mahukan 90% kita boleh dapat dalam internet.. oh ya lupa.. minat mendalam saya juga pada $$$$.

Oleh itu bila digabungkan kedua2 minat saya barulah saya boleh memulakan perniagaan internet.. Seronok tapi sekali kita jatuh memang agak sakit.. tapi pesan tok guru saya, setiap kali kita jatuh.. kita kena bangun @ berdiri lebih tinggi daripada sebelum kita jatuh tadi.. lama kelamaan secara tidak sedar kita akan mengubah kedudukan kita pada aras yang lebih tinggi. Saya ingat lagi pesan Mr Presiden DCL kepada saya 2-3 tahun lepas semasa saya menghadiri kursus motivasi jutawan anjuran D’ Eagle Motivation. Masa tu saya bagi Year Planner saya untuk beliau turunkan tandatangan. Masa tu juga saya baru down (isu swisscash)..sesudah beliau tandatangan saya terus baca coretan beliau. Hati saya tersentuh tatkala membaca sepotong ayat ni..

ā€œ KEGAGALAN MASA LALU BUKANLAH PENENTU SEGALANYA… YAKINLAH ALLAH ADA PERANCANGAN YANG LEBIH BAIK UNTUK ANDA ā€œ…

Saya balik dan terus membina website DCL. Semangat berkobar-kobar kononnya saya mampu menjadi jutawan DCL. Saya keluarkan modal RM 5K untuk membuka stokis DCL dan melantik beberapa orang staf. Disebabkan oleh kelemahan pengurusan, bisnes saya lingkup. Ternyata saya gagal sekali lagi… dan sampai sekarang website tu saya tutup. Saya terfikir untuk memulakannya sekali lagi tetapi saya masih belum bersedia..

Begitulah, untuk berjaya tiada jalan pintas dan saya terus berjuang dengan cara saya sendiri walaupun agak sukar untuk saya jangkakan untu saya BERJAYA atau TIDAK. Agak MUSTAHIL untuk BERJAYA dan agak TIDAK MUSTHIL juga untuk GAGAL. Apa yang pentingkan tekadkan semangat dan

NEVER GIVE UP!!!! (Pesan Sifu Internet saya – Mr Zulkey Hashim)

Leave a Reply