Pemasaran Menggunakan Forum Yang Sangat Efektif
Pemasaran di forum adalah satu kaedah pemasaran online yang sangat efektif. Ini kerana, ahli-ahli forum selalunya terdiri daripada golongan pengguna yang mempunyai kemahiran “IT” dan bersedia untuk membuat pembelian secara online. Dasar kepercayaan yang terbina diantara ahli di dalam forum juga meningkatkan lagi “conversion rate” bagi setiap promosi jualan yang diadakan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk membina startegi pemasaran anda menerusi forum
1) Pilih Forum Yang Betul
Tidak semua forum di internet adalah berbaloi untuk anda meluahkan masa. Langkah pertama untuk anda menjalankan aktiviti “pemasaran menerusi forum” adalah, dengan mencari forum atau komuniti yang tepat untuk target market perniagaan anda.
Anda boleh mula mencari forum-forum yang berkaitan dengan niche perniagaan anda menerusi enjin carian, ataupun bertanya kepada bekas-bekas pelanggan anda, dimana mereka selalu berforum dan melepak di internet?
Senaraikan beberapa forum yang anda rasakan berbaloi untuk anda meluangkan masa menyertainya. Antara ciri-ciri forum yang sesuai untuk anda menjalankan “aktiviti pemasaran menerusi forum” ialah :-
- Pastikan forum tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 ahli dan 10,000 post.
- Pastikan forum tersebut “hidup” dan menerima sekurang-kurangnya 10 post terbaru setiap hari.
- Abaikan forum yang hanya dipernuhi dengan mesej-mesej spam
2) Daftar secepat mungkin
Di dalam berkomuniti, “seniority” kadangkala menajdi salah satu faktor penting. Malahan, ada sesetengah forum yang tidak membenarkan ahli mereka membuat sebarang thread baru pada beberapa hari yang pertama mereka mendaftar.
Pemasaran menerusi forum sebaiknya dijadikan sebagai satu strategi “tetap” untuk perniagaan anda dalam jangka masa panjang . Kaedah promosi secara “hit & run” adalah tidak berkesan di forum.
3) Semak polisi, syarat serta etika forum
Setiap forum mempunyai polisi serta syarat yang berbeza-beza. Ada sesetengah forum tidak membenarkan sebarang link komersial di letakkan di dalam post, tetapi membenarkan ia diletakkan di bahagian signature. Jadi, sila semak dan patuhi polisi dan etika setiap forum yang anda sertai agar kehadiran anda sebagai ahli komuniti forum tersebut disenangi.
4) Pilih Username & avatar yang baik
Username dan avatar adalah merupakan perkara pertama yang dilihat oleh ahli forum untuk mengenali anda. Username yang baik adalah username yang berkaitan dengan “brand” anda. Dan pastikan juga, ianya senang diingat dan mudah disebut. Begitu juga dengan avatar, seeloknya, pilih avatar yang berkaitan dnegan “brand” perniagaan anda. Elakkan avatar yang “kontroversi” dan menjelikkan.
5) Perkenalkan Diri Anda
Kebanyakkan forum, ada menyediakan ruangan khusus untuk ahli-ahli baru memperkenalkan diri mereka. Jadi, ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan diri anda, sedikit penerangan tentang pekerjaan, minat dan sebab mengapa anda menyertai forum tersebut. Mungkin untuk menambah ilmu disamping menyumbangkan ilmu. Elakkan ayat berbaur “promosi” pada post anda yang pertama.
6) Luangkan sedikit masa bersantai
Usah terbiri-buru untuk terus membuat posting selepas anda mendaftar. Perhatikan terlebih dahulu suasana di forum tersebut, bagaimana ahli-ahlinya berinteraksi, apakah topik yang menjadi kegemaran dan mendapat sambutan hangat, kenalpasti ahli-ahli yang berpengaruh dan sebagainya. Mengetahui perkara ini, akan membolehkan anda untuk “masyuuk” dan “berteman tapi mesra” dengan lebih cepat lagi di dalam forum tersebut.
7) Berikan sumbangan yang bernilai kepada komuniti
Ini adalah kunci kejayaan kepada kaedah “pemasaran menerusi forum”. Apabila ada ahli yang bertanya, terutamanya yang berkaitan dengan produk atau servis anda, berikan jawapan yang mampu membantu mereka, beserta fakta-fakta atau sumber-sumber rujukan yang sesuai jika ada. Elakkan mempromosikan perniagaan anda sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut di post-post terawal. Ini kerana, ia akan membuatkan jawapan anda itu kelihatan “bias” .
Dengan memberikan jawapan yang ikhlas, ahli-ahli kmuniti akan mula menganggap anda sebagai seorangyang mahir dan boleh dipercayai dan akhirnya, mungkin akan meminta “nasihat dan rekemen” dari anda. Pada waktu ini, barulah anda boleh ceritakan serba sedikit tentang perniagaan anda.
Letakkan URL anda di bahagian “signature”
Signature adalah merupakan satu ruangan yang akan diletakkan secara automatik pada setiap post yang and alakukan di dalam forum. Ianya bolehberbentuk gambar ataupun tulisan. Kebanyakkan orang, meletakkan “kata-kata hikmah” ataupun link ke website kegemaran mereka. Jadi, sebagai seorang usahawan, anda perlulah mengambil peluang ini dengan meletakkan url website anda dan juga sedikit ayat-ayat promosi atau maklumat mengenai perniagaan anda di ruangan tersebut
9) Jauhi “drama samarinda”
Elakkan dari memulakan atau melibatkan diri di dalam perbincangan yang “panas” , ianya sesuatu yang memalukan jika anda di”ban” kerana mencaci ahli lain semata-mata ingin menyatakan mawi tidak akan bahagia apabila berkahwin dengan ekin.
Ini ada beberpa tips untuk mengelakkan diri anda dari terjebak sebagai “pelakon extra drama samarinda”:-
- Selalu ingatkan diri and amengenai misi dan tujuan anda menyertai forum tersebut, ianya adalah untuk membina imej yang baik untuk perniagaan anda.
- Elakkan dari berbincang mengenai isu-isu panas berkaitan politik, agama dan kaum.
- Gunakan fungsi emoticon untuk mempamerkan airmuka anda yang ceria sewaktu menulis post tersebut
10) Hasilkan kempen yang memberikan manfaat kepada semua pihak “win-win”
Setelah anda sudah mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli forum, maka bolehlah and amulakan kempen pemasaran perniagaan anda dengan lebih agresif. Hasilkan kempen pemasaran yang dapat memberikan manfaat kepada ahli-ahli forum seperti, kupon istimewa untuk ahli forum, bonus-bonus khas, sample percuma, ataupun menganjurkan satu pertandingan yang menyeronokkan.
Itulah antara 10 tips yang boleh anda amalkan untuk menghasilkan strategi “pemasaran forum” yang berkesan untuk perniagaan anda.
credit to wangcyber.com














































